Hello! Myspace Comments


Welcome Myspace Comments

About Me Myspace Comments





Tuesday, 13 December 2011

Tanda lelaki syg kita

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!

Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Sekadar Renungan

Sahabat-sahabat:

* Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka RAWATLAH hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.


* Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka LAKARLAH sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.


* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka BINALAH satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.

* Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka PERTAHANKAN Islam dimata dunia

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka PANDULAH manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.

* Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka AWASILAH umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta.

* Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka DIDIKLAH anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.

* Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka SEDARKANLAH sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya.

* Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka BENTUKKANLAH acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di ata
s.

Monday, 12 December 2011

Aneh!!

Attention women!!!
~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..
ADAKAH sebenarnya DIA yang kamu cari atau cintaNya?
ADAKAH yang bertapak di hatimu betul-betul CINTA SEJATI atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS?
BENDA manis pun ada tarikh luputnya tahu?
ADAKAH insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak?
... BOLEH pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA?
BOLEH MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA MU? ✿~

~✿ KESAT air mata itu.. Sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, Sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI.. Lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu.. BERSABARLAH, berhenti menangis, BERHENTI berharap pada yang tidak pasti.. YAKIN dengan JANJI ALLAH.. Orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(◠‿◠) ✿~

CiNta hehehe

Wahai sahabatku ,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai .
Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki . Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tak dibalas oleh orang yang kita cintai . Ternyata hati itu bukan milik kita , ia milik Allah . Kita tidak bersalah tatkala cinta
itu lahir terhadap seseorang , tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia
...kepada seseorang . Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai ?
Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah . Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui . Bukankah
Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya
dengan ketaatan yang sepatutnya ..

di AlaM PerCiNtaAn nie......

Di alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama. Jika diberi peluang, sesaat pun anda tidak mahu berenggang dengan pasangan anda. Apatah lagi jika anda masih di awal percintaan.

Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak bersama. Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan cinta yang terbina.

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.

2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.

3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.

4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.

5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.

6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.

7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.

8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.

p/s: selamat maju jaya ♥♥

11 jenis manusia didoa Malaikat

salam pembuka bicara bt kali nie....kali ini sy sbg tuan rumah di blog nie ingin berkongsi sedikit ilmu untuk manfaat kita semua.... Sebagai Mukmin sejati,marilah merenung seketika...

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah..
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” 5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal..
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Wednesday, 7 December 2011

KeboSaNaN

tukar topik mybe akan lbih interesting bukan??
cinta...sukar sekali untuk kita dapatkan cinta yang tulus dr seseorang yang kita cintai...Memang benarlah cinta xsemestinya kita miliki.. Makna ini cukup mendalam buat insan yang bergelar kekasih...Banyak dugaan dalam perhubungan yang ptut diharungi oleh couple dalam mengejar & membina cinta suci mereka.... kegagalan dalam menempuh dugaan atau tewasdi tengah jalan akan mengakhiri cinta suci mereka... auchhh...Perpisahan merupakan satu bnda pahit yang terpaksa di telan...tak semudah mengupas kulit kacang dalam membina kasih sayang... Di sini ada sdikit2 tips sebelum memulakan hubungan & mengekalkannya....Pertamanya,kita perlulah sentiasa menjaga hubungan dengan pasangan dengan sentiasa menghormati pendapat masing2....Berbincanglah secara baik sekiranya msalah2 timbul dalam perhubungan....Keduanya,buangkan ego yang tinggi itu misalnya boy la.... Ego mampu membunuh hubungan secara perlahan-lahan.... Sebaiknya berilah kata maaf kepada psangan anda sekiranya masalah itu berpunca drpd diri anda....Seterusnya,mulakan langkah untuk membaiki hubungan selama ini.. Tanamkan kasih sayang yang tulus& belajarlah untuk setia kpda pasangan anda......
hope korang dapat la sdikit tips dr sy berdasarkan pembacaan n pembelajaran sy....
Thank for reading...



Thursday, 1 December 2011

Bahagia

Assalamualaikum....
mulai saat ini berakhirnya 30.11.2011 saya amat bahagia....
sedikit sebanyak beban sy n perjuangan sy untuk spm telah pon berakhir...
harap2 la kejayaan akan mengiringi semua calon2 SPm...AMIn...
sekarang jugak baru saya merindui saat manis persekolahan.... berat jugak kakiku meninggalkan kwan2 sekalian.....bukan pa pon.... yang saya takotkan kami akan terpisah ...... perpisahan amatlah pahit.....
Selepas ini saya akan mulakan hidup baru n akan jadi orang dewasa lar...hahahhaa...
Pasal blog...lama sudah xdiupdate krana bzy study n lain2..hehehehe...
SAAT BAHAGIAKU.....
sekian.......

Monday, 31 October 2011

taktik love 4 boyz

Tuhan telah memberikan cinta untuk anda kongsikan dengan seseorang yang telah diciptakannya!
*

Ada cinta di dalam hati semua insan di dunia ini!
*

Anda perlu mencintai dan menghargai diri anda terlebih dahulu sebelum mencari dan mendambakan cinta dari seorang wanita.
*

Keyakinan diri adalah salah satu aset penting untuk mencuri cinta wanita!.
*

Duit bukan segala-galanya yang dicari oleh seorang wanita dalam memberikan cintanya!
*

Masih ramai lagi kaum wanita yang tidak berkahwin, maka anda sebenarnya masih ada pilihan dan tidak harus memilih untuk menjadi lelaki solo!
*

Segala apa yang ada pada anda adalah aset untuk anda jerat cinta wanita idaman anda.
*

Anda perlu memahami sifat-sifat kaum wanita untuk mengeratkan dan mengukuhkan cinta anda!
*

Putus cinta bukan penghujung sebuah kehidupan!
*

Segala-galanya ada dalam minda anda untuk mencipta satu hubungan cinta yang berkekalan!

Anda tidak perlu bimbang dan risau lagi selepas ini kerana segala rahsia, tips dan panduan untuk memikat dan menawan gadis idaman anda serta menjadi lelaki paling 'macho' dan hebat akan di dedahkan.



Oleh itu, saya pasti anda memerlukan....



"Panduan Cinta Untuk Lelaki

DiaLoG aBout CinTa

Teman : Kalaulah bahagia itu boleh dibeli pada kali pertama bercinta. Aku : Kenapa nak beli sedangkan bahagia itu perlu dicari? Teman : Bahagia itu tidak pernah bersama aku. Aku : Jangan cakap begitu. Teman : Kalaulah cinta itu betul-betul wujud sewaktu ...aku mula berikan hati. Aku : Bukankah kau benar-benar dilamun cinta? Teman : Bahkan aku tidak pernah bersua muka. Aku bercinta hanya dengan gambar serta suara dan kata-kata tanpa melihat wajah penutur bicara. Aku : Tapi kau bahagia kan? Teman : Memang. Cuma, kalau dia datang kembali, apakah aku mampu beri peluang lagi? Aku : Pada siapa? Kau atau dia? Teman : Pada diri sendiri. Apakah aku mampu berikan ruang pada orang yang melukakan hati aku? Aku : Mungkin. Terpulang pada kau sendiri. Teman : Kalaulah dia betul-betul wujud. Aku : Pastinya dia wujud. Teman : Aku pernah mahu menangis tatkala peluang pertama musnah begitu sahaja. Aku : Ah, jangan begitu. Teman : Pernahkah kau menunggu orang yang kau cinta sehingga lupa rutin biasa? Aku : Pernah. Teman : Berapa lama? Ada sampai terpaksa koyakkan kalendar? Aku : Tidaklah begitu sekali aku rasa. Teman : Aku pernah dan aku takut kalau dia datang dan muncul kembali, aku tak mampu berlagak sebagaimana biasa. Aku : Bukankah kau sudah melupakan? Teman : Kalaulah semudah yang semua orang sangkakan. Aku : Faham

KeranaMu

rasa sepi tanpa suaramu, rasa rindu tanpa tawamu, rasa kasih tanpa bertemu, itu tanda dikau sentiasa dihatiku... ------------------------------------------------------------ mencari seorang teman bagaikan mencari sebiji benih pokok dalam semak berduri, bersedialah untuk dilukai, jangan mengalah untuk terus mencari, andai sudah kau temui, sayanglah ia sepenuh hati, jagalah dirinye seikhlas hati. ---------------------------------------------------------------------------------------------- biar rindu asal tak jemu, biar kasih asal tak sedih, biar cinta asal tak tersiksa, biar sayang asal tak hilang, biar berjauhan asal hati x berubah, biar tak jumpe asal hati tak lupa..

kegagahan WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :- 1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan. 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. 3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan. 4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
malam..
ku tidur tak lena teringatkan dirimu terimbas kembali kenangan lalu alangkah indahnya bersamamu mengalir air mataku menemani malam sepiku ku rindu saat bersamamu sukarnya ku untuk melupakanmu dahulu engkau berikan cinta mengapa kini engkau berubah manakah janji akan setia menanti jikalau engkau tak lagi cinta katakan saja aku tak kisah dari kau terus membuat ku menunggu tak ku sangka tak ku duga perpisahan yang akan melanda dah ku cuba pertahankan namun dirimu pergi jua cintamu bagaikan rembulan yang hadir bila malam menjelang kau hilang bila siang mendatang begitulah sikap mu oh syg kau lontar cintaku ditepian ku bagaikan hanyut di lautan yang lemas di dalam percintaan dipukul gelombang keresahan dahulu engkau berikan cinta mengapa kini engkau berubah manakah janji akan setia menanti jikalau engkau tak lagi cinta katakan saja aku tak kisah dari kau terus membuat ku menunggu tak ku sangka tak ku duga perpisahan yang akan melanda dah ku cuba pertahankan namun dirimu pergi jua cintamu bagaikan rembulan yang hadir bila mlm menjelang kau hilang bila siang mendatang begitulah sikap mu oh syg kau lontar cintaku ditepian ku bagaikan hanyut di lautan yang lemas di dalam percintaan dipukul gelombang keresahan mengalir air mataku menemani malam sepiku ku rindu saat bersamamu sukarnya untukku melupakanmu

CinTa ooH cInTa

  jom tgok macam mana CINTA kita....




Jika Bercinta, Masa Bersama Rasa Sekejap, Tak Puas, Jika Bercinta, Panas Tak Terasa Walau Tiada Bumbung, Jika Bercinta, Bercakap 3 Jam Terasa 3 Minit, Jika Bercinta, Nak Jumpa Akan Pakai Wangi2, Cantik2. Jika Bercinta, Apa Diminta Diusahakan Sebaik Habis. Jika Bercinta, Taat Setia, Sanggup Menunggu Lama. Jika Bercinta, Asik Teringat Kata-Kata, Asik Teringat Dalam Hati.... Itu Fenomena Normal Bercinta Lelaki Dan Wanita... Kenapa Tidak Begitu Apabila Bercinta Dengan Allah Swt? Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Solat Tak Rasa Berat, Tak Puas Solat Wajib, Tambah Pula Solat Sunnat, Solat Malam. Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Keluar Berdakwah Menyebarkan Agama Islam, Panas Terik Padang Pasir Boleh Tahan, Apatah Lagi Panas Terik Malaysia Yg Byk Wap Air Humidity Tinggi. Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Mulut Sentiasa Berzikir, Hati Sentiasa Berzikir, Sentiasa Berkomunikasi Melalui Doa-Doa.. Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Nak Solat Akan Pakai Wangi2, Cantik2, Kemas2, Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Apa Sahaja Suruhan Allah Swt Akan Dituruti Walaupun Tak Selari Dengan Nafsu Dan Kehendak Peribadi. Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Taat Setia, Sanggup Berkorban Apa Sahaja Demi Suruhan, Larangan, Permintaan, Saranan Dari Allah Swt Di Dalam Al-Quran Jika Bercinta Dengan Allah Swt, Asyik Teringat Ayat Al-Quran Yang Merupakan Kalamullah, Kata-Kata Allah Swt Melalui Kitabnya. Realitinya Betulkah Cinta Kita?

Friday, 28 October 2011

Benarkah ini tentang cinta??

sebenarnye,cinta mmg sesuatu yang suci...apbila kite fall in luv, kite akan wat mcm2 utk c die...sehingga air mata pn berlinang kerna rindukan die....tp, bile semua rasa sayang yg dicurahkan dibalas dgn penipuan, ia semmgnye sgt memeritkan....hati terasa pedih bagai ditusuk panah...hanya air mata peneman kedukaan....kepada kwn2 sume, x slh utk menyayangi c die dgn mendalam, namun pastikan syg tersebut pd org yg benar...kerna suatu penipuan yg menjurus kepada perpisahan sgtla menyedihkan sehingga meruntuh jiwa utk menerima cahaya cinta yg baru...

Kawan2

friends are everything for us ,
why ?
let me tell you why friends are so special .

freinds ,
you are too special ,
you are always by my side ,
always support when i'm down .

dear friend ,
you share many moments with me ,
loyal , sad , happy , angry , and so on ,
you never sign for what i've done ,
you never give up to persuade me ,
when i'm not in mood .

freinds ,
there's such a couple of words ,
that i wanna say ,
i would like to say ,
THANK YOU & I LOVE YOU .

ayat power untuk tackle

pssst:
ada tips ayat untuk ngorat....
kpda yg nk tckle2 2 baca2 la ok:)
al-kisah bermula:

awak..
hati sya skang hnya t0k awk..
sy adlh t0k awk,,
sy akn mnjd tman tika duka awk,,
sy xkn tgglkn awk...
e2 jnji sy..
mgkn awk da x pndg jnji2 yg sy taburkn,,
tp sy tulus dlm jnji2 sy...
sy prcykn awk...
sy serahkan blk kprcyaan sy pda awk...
sy harap awk tdak akn mngkhianati sy..
bila tba masanya kita akn dipshkn 0r terpsh..
engtlarh,,
sy ttp syg awk..
as my bel0ved c0uple...
sy akn ttp syg awk smpai bile2...
engt 2,,
I alwayz lurv n miss U syg......... zzzzzzzzzzzzzzz
hahhaha..amacam ada minat??
praktis larh ok:)
tata.......

attention boy!!read this....

.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.
13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.
16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.
20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!
22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.
25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27.Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Best friends




weyh aku rndu saat nie...kita semua kumpul....
tetapi sekarang mcm kurang rapat dah....
sbb tkar kelas form 5....
waaa...
aku sayang ampa semua.......muahaha....
kita kenal di sekolah tercinta, smk jitra...
saat terindah....

Cara nk bg Kekasih tension@ gila

Kali nie aku nk buka tips kt kwn2 yg ingin bikin kekasih panas or tension or gila...
hahahaa.....
mai try jom....


Bole la try kt awek kowg sempena ulangtahun kowg ke hape…hahaha..ap pon..layaaaaan…..
Kalau dia ajak anda keluar jalan-jalan or temankan gi shopping kat Pavillion/MidValley, anda dressing cara anda yang tersendiri iaitu pakai seluar trek pendidikan jasmani yang banyak kemuncup tu dengan kemeja lengan panjang polkadot, tuck in baju tu taw. Pastikan seluar tu berada dia paras dada. bagi seluar yang ada tali jerut tu, sila ikat riben ek. Baru segak. Aceli nak suruh je pakai cam superman, spender kat luar, tapi tak sampai hati tengok girlfrend terus terjun dari bumbung pavillion tu or giler seumur hidop tak sembuh-sembuh
Masa makan kat restoran, rajin-rajinkan lah tangan anda tu mengorek segala lubang di muka. Lubang hidong dan lubang telinga. Takkan nak cuci mulut dengan pencuci mulut je kan. Ketika itu adalah masa yang terbaik untuk mencuci hidung dan telinga. Korek je taik hidung tu. Pastikan sebelum itu anda tidak mengorek hidung selama 1 atau 2 minggu. Lagi lama lagi baek. Tapi jangan sampai korang takleh bernafas sebab tersumbat ngn taik hidong. Pastu lepas korek dan gentel-gentel, letak dalam pinggan awek anda. Perisa tambahan. Takpun terus jentik masuk lam air dia. Konfem berubah warna. Bukan setakat warna air berubah, warna mata awek anda pon berubah. Hahaha.. Mungkinkah mata dia pun berubah kaler sama ngn kale the taik idung anda itu???
Setiap kali besday dia, bagi hadiah yang sangat bermakna kat dia. Mula-mula bagi kain kapan. Tahun selepas tu plak bagi batu nisan yang dah siap tulis nama dia, tunggu nak tulis tarikh ja.. Tahun selepas tu plak bagi laa peta ke kubur dia.. belikan dan chopkan tanah kubur untuk dia siap-siap. Kalau dia tak gila lagi pada besday dia pada tahun selepas tu, anda bagi cangkul ngan no telefon penggali kubur kat dia. Kalau dia tanya kenapa bagi benda-benda ni , cakap je, inilah tanda cinta abang kat awak sampai ke hujung nyawa awak. Abang nak awak ingat kat abang walaupun awak pergi dulu meninggalkan abang pasni. *Ntah-ntah ko yang mati dulu.!
Kalau masa korang keluar jalan-jalan kemudian nampak ada sorang MakCik dengan anak dia duk kat tepi koridor smbil tunjuk segala info-info pasal penyakit dia tu, anda terus ambik handbag awek korang then sedekahkah satu bag dengan isi-isinya sekali. Sambil memandang mata awek korang, “awak ikhlas kan??? semoga awak dimurahkan rezeki. Mana tahu nanti awak plak duk kat sini, masa tu makcik ni plak datang tolong awak!!”
Pasang alarm siren kebakaran kat jam mahal awek anda dan juga kat jam dinding dalam bilik awek anda dan setkan benda tu akan berbunyi setiap satu jam. Alasan anda adalah, anda mahu awek anda tidak lupakan anda walaupun satu jam. Bayangkan masa duk lam bilik kuliah benda tu berbunyi. Kalau slow tak pe la, tapi ni boleh menyebabkan telinga pensyarah yang mengajar tu berdarah dengar siren tu. Bayangkan masa tidur dia setiap satu jam terganggu dah tak sampai sebulan urat dalam hotaknya konfem akan putus dan pada saat itu misi anda tercapai.
Bila dia ajak tgk wayang citer KHURAFAT, anda ikut. Masa dlm wayang, anda tidak rasa takut walau sedetik. Bila dia tanya “kenapa nmpak macam u tak takut je tadi??”, “Buat apa nak takut, hari-hari i duk tengok hantu tu ada dekat ngan i” “Kat mana??” Then korang tunjukkan dalam cermin muka awek anda, bila dia tgk cermin baru dia perasan muka hantu tu sama ngn muka dia. Kemudian dia menjerit ketakotan dan terus giler.
Masa ko tgah drive atas highway, pastu dia suruh berhenti kt RnR sebab nk kencing or berak, tiba-tiba korang berenti kt tengah jalan dan buat-buat pengsan selama 5 jam. Padahal dia memang nak terberak giler dah. RnR pun jaoh lagi. Korang amalkan lah benda ni seberapa byak yg boleh sampai urat berak dia terputus. Kalau urat berak ngn urat kt kepala hotak dia putus secara pakej dan bersama-sama lagi cun.
Masa dinner kolej, anda request ngan pengarah program makwe anda nak nyanyi lagu Ziana Zain yang macam kat AJL hari tu. Padahal makwe anda tak tahu pun dia kena nyanyi dan dia memang tak suka nyanyi sebab suara dia memang macam haram, macam itik sengau yang kena buli ngn geng-geng hantu pocong. Pastu kalau dia terkejut sebab tetibe je kena nyanyi, anda bagi semangat dan cakap, “you can do it girl!!! I trust you!!” kemudian dia naek pentas, rangkap pertama korang kena tahan lagi kesengauan suara dia tu. Masa kat chorus tu ko kena bertindak untuk mengetuai orang-orang yg duk kt bawah tu baling segala barang-barang yang ada atas meja termasuk kerusi dan meja sekali sebab dah ada orang meninggal sebab dengar suara dia..
Korang mesti ada fesbukkan. Mesti korang wat status in relationship kan ngn awek korang. Lepas je korang wat status camtu, korang buang semua gambar korang dalam fesbuk dan letakkan gambar orang Bangladesh yang gigi rongak. Pastikan profile picture pun gambar orang bangladesh tu jugak. Lepas tu korang gi kat wall dia dan menyemak kat komen-komen, biar semua orang tahu makwe anda couple ngn Mamat Bangladesh gigi rongak yang hitam dan berkulat. Buat sampai keluarga diorang tahu!! Menyemak juga kat wall bakal mak mertua dan bapak mertua anda. Biar kawan-kawan mak ngn bpk mertua anda tahu. Bukan setakat awek anda gila, ngn mak dan ayah dia sekali gila. Terus diorang deactive fesbuk diorng!!!
Masa korang ngah naek kereta, tiba-tiba terlihat ada seorang pakcik yang sangat tua naek motor buruk/basikal buruk, anda terus panggil pakcik tu naek keta anda dan bawakan ke tmpt yg dia nak pegi. Motor buruk/basikal pakcik tu anda suruh awek anda yang bawakkan smbil berkata, “tak ape la sayang, hari ni kta di atas, besok kita di bawah, so lebih baik sayang terus berlatih berada kat bawah ek!!