Hello! Myspace Comments


Welcome Myspace Comments

About Me Myspace Comments





Monday 12 December 2011

Aneh!!

Attention women!!!
~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..
ADAKAH sebenarnya DIA yang kamu cari atau cintaNya?
ADAKAH yang bertapak di hatimu betul-betul CINTA SEJATI atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS?
BENDA manis pun ada tarikh luputnya tahu?
ADAKAH insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak?
... BOLEH pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA?
BOLEH MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA MU? ✿~

~✿ KESAT air mata itu.. Sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, Sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI.. Lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu.. BERSABARLAH, berhenti menangis, BERHENTI berharap pada yang tidak pasti.. YAKIN dengan JANJI ALLAH.. Orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(◠‿◠) ✿~

CiNta hehehe

Wahai sahabatku ,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai .
Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki . Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tak dibalas oleh orang yang kita cintai . Ternyata hati itu bukan milik kita , ia milik Allah . Kita tidak bersalah tatkala cinta
itu lahir terhadap seseorang , tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia
...kepada seseorang . Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai ?
Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah . Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui . Bukankah
Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya
dengan ketaatan yang sepatutnya ..

di AlaM PerCiNtaAn nie......

Di alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama. Jika diberi peluang, sesaat pun anda tidak mahu berenggang dengan pasangan anda. Apatah lagi jika anda masih di awal percintaan.

Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak bersama. Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan cinta yang terbina.

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.

2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.

3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.

4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.

5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.

6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.

7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.

8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.

p/s: selamat maju jaya ♥♥

11 jenis manusia didoa Malaikat

salam pembuka bicara bt kali nie....kali ini sy sbg tuan rumah di blog nie ingin berkongsi sedikit ilmu untuk manfaat kita semua.... Sebagai Mukmin sejati,marilah merenung seketika...

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah: 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah..
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.” 5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal..
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah