di AlaM PerCiNtaAn nie......
Di
alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama.
Jika diberi peluang, sesaat pun anda tidak mahu berenggang dengan
pasangan anda. Apatah lagi jika anda masih di awal percintaan.
Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang
banyak bersama. Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang
disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza
kepada jalinan cinta yang terbina.
1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.
2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah
pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu
membahagiakan serta meredakan tekanan.
3. Kenal pasti wangian
kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan
sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda
menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.
4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.
5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa
disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan
tersenyum sambil mengingati anda.
6. Menyanyikan lagu cinta
untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini.
Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya.
Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh
anda.
7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya,
cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan
perlakukan anda itu.
8. Menonton filem romantik kegemarannya.
Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si
dia pasti akan menghargai usaha anda itu.
9. Jangan
sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan
anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan
yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik
yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.
p/s: selamat maju jaya ♥♥
No comments:
Post a Comment