Hello! Myspace Comments


Welcome Myspace Comments

About Me Myspace Comments





Monday 31 October 2011

DiaLoG aBout CinTa

Teman : Kalaulah bahagia itu boleh dibeli pada kali pertama bercinta. Aku : Kenapa nak beli sedangkan bahagia itu perlu dicari? Teman : Bahagia itu tidak pernah bersama aku. Aku : Jangan cakap begitu. Teman : Kalaulah cinta itu betul-betul wujud sewaktu ...aku mula berikan hati. Aku : Bukankah kau benar-benar dilamun cinta? Teman : Bahkan aku tidak pernah bersua muka. Aku bercinta hanya dengan gambar serta suara dan kata-kata tanpa melihat wajah penutur bicara. Aku : Tapi kau bahagia kan? Teman : Memang. Cuma, kalau dia datang kembali, apakah aku mampu beri peluang lagi? Aku : Pada siapa? Kau atau dia? Teman : Pada diri sendiri. Apakah aku mampu berikan ruang pada orang yang melukakan hati aku? Aku : Mungkin. Terpulang pada kau sendiri. Teman : Kalaulah dia betul-betul wujud. Aku : Pastinya dia wujud. Teman : Aku pernah mahu menangis tatkala peluang pertama musnah begitu sahaja. Aku : Ah, jangan begitu. Teman : Pernahkah kau menunggu orang yang kau cinta sehingga lupa rutin biasa? Aku : Pernah. Teman : Berapa lama? Ada sampai terpaksa koyakkan kalendar? Aku : Tidaklah begitu sekali aku rasa. Teman : Aku pernah dan aku takut kalau dia datang dan muncul kembali, aku tak mampu berlagak sebagaimana biasa. Aku : Bukankah kau sudah melupakan? Teman : Kalaulah semudah yang semua orang sangkakan. Aku : Faham

No comments:

Post a Comment